MYANMAR - Operasi keselamatan oleh tentera mensasarkan Muslim Rohingya di Myanmar dilihat contoh pembersihan etnik, kata ketua hak asasi manusia PBB.

Zeid Raad Al Hussein mendesak Myanmar untuk menamatkan operasi kejam oleh tentera di negeri Rakhine.

Lebih daripada 300,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan pada akhir bulan lalu.

Tentera mendakwa ia adalah tindak balas terhadap serangan oleh militan Rohingya dan menafikan mereka mensasarkan orang awam.

Keganasan bermula pada 25 Ogos apabila militan Rohingya menyerang pondok polis di utara Rakhine, menyababkan 12 anggota keselamatan terbunuh.

Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar sejak itu berkata, tentera bertindak balas dengan kempen kejam, membakar kampung dan menyerang orang awam dalam usaha untuk mengusir mereka.

Rohingya, minoriti Myanmar yang beragama Islam, mengalami penganiayaan di negara itu yang menganggap mereka adalah pendatang tanpa izin.

Zeid, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia, berkata operasi semasa di Rakhine adalah 'jelas tidak seimbang'.

"Kami menerima pelbagai laporan dan imej satelit pasukan keselamatan dan militin tempatan membakar kampung Rohingya termasuk menembak orang awam yang melarikan diri.

"Saya menyeru kerajaan  menamatkan operasi kejam tentera  dan bertanggungjawab dengan semua keganasan yang berlaku dan dan tidak melakukan diskriminasi terhadap Rohingya," katanya dipetik BBC.

Laporan terkini meletakkan jumlah mereka yang melarikan diri ke Bangladesh meningkat kepada 313,000 orang.

Agensi bantuan mengatakan mereka sangat memerlukan makanan, tempat perlindungan dan bantuan perubatan susulan sumber-sumber semasa yang tidak mencukupi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :