BEIJING - Seorang lelaki di China sanggup menceraikan isterinya hanya kerana dia melahirkan anak hodoh.

Akhbar The Stir melaporkan, Jian Feng turut mengemukakan saman kerana mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku melakukan pembedahan plastik sebelum berkahwin untuk kelihatan cantik seperti sekarang.

Feng juga menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah bayi perempuan tersebut langsung tidak seirasnya atau isterinya. Bagaimanapun, isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Feng menang kes itu dan mendapat ganti rugi AS$120,000 (RM370,000). - The Week

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEIJING - CHINA. Seorang wanita di timur China memotong kemaluan anak lelakinya dipercayai semata-mata kerana mahu kembali kepada keluarga suaminya, lapor media China.
  • BEIJING - CHINA. Polis Beijing sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kanak-kanak autisme didera oleh guru mereka di pusat pembelajaran pakar di bandar itu.
  • BEIJING - CHINA . Taktik pemasaran terbaru dari China menampilkan kanak-kanak dari Afrika memegang papan yang ditulis dengan ucapan pelanggan laman niaga China, Taobao.
  • BEIJING - CHINA. Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di barat daya China menyebabkan 23 orang terkorban, lapor Reuters.
  • BEIJING - CHINA. Ratusan penumpang kereta api bawah tanah menolak sebuah kereta api bagi membantu seorang lelaki yang tersepit antara platform dan gerabak, lapor media tempatan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.