PARIS - PERANCIS. Tawaran diskaun produk makanan Nutella sehingga 70 peratus telah mencetuskan 'adegan ganas' di rangkaian pasar raya di Perancis.

Potongan harga daripada 4.50 euro (RM21.69) kepada 1.40 euro (RM6.75) itu menjadikan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan produk sapuan coklat kacang hazel terkenal di seluruh dunia itu.

Menurut laporan akhbar Le Progres, polis terpaksa campur tangan untuk menyuraikan orang ramai selepas mereka mula bertindak luar kawalan dan saling berebut untuk mendapatkan Nutella yang dihasilkan Ferrero pada 1940-an.

Insiden sama turut dilaporkan di seluruh negara malah ada yang menggambarkan ia seperti 'rusuhan'. - BBC