CRISTIANO Ronaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya.

Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata 'ya' kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.

Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini.

Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininnya.

"Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininnya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya," katanya.

Georgina bertemu Ronaldo pada Jun 2016 di butik Gucci, tempat dia bekerja di pusat bandar Madrid ketika bintang Portugal itu sedang membeli-belah pakaian musim panas.

Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta).

Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina.  Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya.

Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya.

"Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

About last night! Amazing dinner at @zelalondon! ❤️🌙✨

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio) on

Nov 14, 2018 at 5:22am PST

Sumber:Sport24