YANGON - MYANMAR. Pemberontak Muslim di sini mengisytiharkan genjatan senjata bagi pihak mereka selama sebulan dalam usaha mengurangkan krisis kemanusiaan yang berlaku di negeri utara Rakhine itu.

Askar Keselamatan Arakan Rohingya (Arsa) berkata gencatan senjata akan bermula Ahad ini, mendesak agar pihak tentera  Myanmar turut berbuat demikian.

Serangan Arsa pada pihak berkuasa bermula pada 25 Ogos lalu memcetuskan tindak balas daripada tentera negara ini.

Kira-kira 290,000 warga Rohingya melarikan diri dari Rakhine dan mnecari perlindungan di sempadan Bangladesh sejak itu.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  berkata bantuan segera diperlukan segera bagi menbantu warga tersebut melarikan diri dari Myanmar serta memerlukan bantuan dari segi makanan, air, kesihatan di Cox’s Bazaar.

Penyelaras Residen PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata mangsa-mangsa yang melarikan diri daripada Rakhine mendakwa kampung dibakar, penduduk dipukul  dan dibunuh di tangan pasukan keselamatan dan belia beragama Buddha.

“Kini, kami terdesak untuk memberikan keperluan kepadsa 60,000 orang terdiri daripada perlindungan, makanan, air bersih, kesihatan, pakar mental serta sokongan buat mangsa keganasan seksual,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Myanmar mendakwa tenteranya sedang memerangi pengganas Rohingya di mana kumpulan militan itu juga yang membakar rumah mereka sendiri dan turut menyerang orang bukan Islam.

Semalam juga, pengawal sempadan  dan penduduk kampung menyaksikan lebih 100 askar Myanmar  menanam periuk api di kawasan sempadan tersebut dipercayai untuk menghalang warga Rohingya kembali ke kampung mereka.

Bagaimanapun, menurut sumber ketenteraan Myanmar mendakwa tiada periuk api ditanam baru-baru ini.

Nasib Rohingya telah banyak mencetuskan protes di banyak Negara dan pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dikritik kerana gagal melindungi rakyatnya, pemimpin seluruh dunia juga menggesa agar beliau bersuara bagi pihak warga tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SITTWE - Ratusan pelampau Buddha di Myanmar didakwa melemparkan bom petrol untuk menghalang penghantaran bantuan kepada penduduk Islam Rohingya di Rakhine.
  • YANGON - MYANMAR. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bertemu hari ini untuk membincangkan keganasan di Myanmar, sehari selepas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan tentang pembersihan etnik terhadap etnik minoriti tersebut.
  • YANGON - MYANMAR. Ratusan rumah dibakar kumpulan militan dikenali Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) di Maungtaw sejak dua hari lepas, menurut jawatankuasa maklumat kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.
  • YANGON - MYANMAR. Program Makanan Sedunia (WFP) telah menggantung bantuan makanan di negeri Rakhine, berikutan keadaan kemanusiaan semakin merosot dengan peningkatan angka kematian dan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya serta etnik Buddha melarikan diri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.