"KEMBALI rindu Mekah dan Madinah," demikian kongsi pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams setelah kembali ke tanah airnya.

Beliau yang menunaikan umrah pada awal Januari lalu, turut memuat naik gambar perjalanannya di Tanah Suci, yang turut memaparkan gambarnya bersama teman-teman Muslim lain di sana.

"Gambar Umrah 2018, bersama sahabat-sahabat," kongsinya di Twitternya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Ragbi New Zealand gembira peluk islam]

Sebelum ini, Wiliams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009.

Williams sebelum ini ditemuramah Mail Online dan menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam.

"Saya bangga menjadi orang Islam. Saya dapat rasa kegembiraan dan ketenangan yang telah lama saya cari.

"Sebelum saya memeluk Islam, saya tinggal di Toulon dan selalu risau dengan benda remeh-temeh. Kemudian saya berjumpa dengan satu keluarga yang berasal dari Tunisia dan mereka selalu belanja saya sarapan.

"Mereka tidak minta apa-apa dari saya dan cuma meminta panduan dari ALLAH SWT dan itu membuatkan saya terfikir," akhiri Williams.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :