BURYATIA - RUSIA . Tiga murid dan seorang guru cedera selepas seorang remaja membaling bom molotov ke dalam kelas dan mula menetak mangsa yang melarikan diri dengan kapak.

Siberian Times mengatakan suspek menulis mesej 'jangan pergi ke sekolah' di sebuah laman sosial sebelum kejadian.

Kejadian yang hari ini menyaksikan seorang murid putus di bahagian jari akibat ditetak dan seorang murid perempuan cedera parah.

Polis yang berjaya menahan suspek mengatakan suspek juga belajar di sekolah yang sama dan dipercayai mempunyai rakan subahat lain yang masih bebas.

Kejadian tersebut merupakan yang kedua minggu selepas dua murid bertopeng menyerang guru di sebuah sekolah di Perm Isnin lepas.

Dalam kejadian tersebut, seorang guru dan sembilan murid berusia 10 hingga 11 tahun cedera ditikam dengan pisau.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :