YANGON - MYANMAR. Ratusan rumah dibakar kumpulan militan dikenali Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) di Maungtaw sejak dua hari lepas, menurut jawatankuasa maklumat kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

ARSA membakar 50 buah rumah selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di kampung Aukpyuma manakala kira-kira 120 buah rumah di kampung Ountaw juga dibakar.

Turut dibakar rumah penduduk di Dingar, Sawkeenama serta lebih 400 rumah di kampung Thinbawgwe.

Pada 25 Ogos lepas, pengganas melancarkan serangan ke atas 30 pos polis di utara Rakhine dan sehingga 31 Ogos, lebih 52 serangan keganasan berlaku mengakibatkan 13 anggota pasukan keselamatan maut dan 15 yang lain cedera.

Seramai 14 orang awam termasuk tujuh pengganut Hindu dan lima orang etnik Daingnet terbunuh ketika melarikan diri.

Kira-kira 38,000 umat Islam di Rakhine dilaporkan melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Di tengah ancaman pengganas ARSA, pasukan keselamatan memindahkan 11,720 penduduk etnik ke tempat selamat dan operasi menghapuskan pengganas ARSA sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SITTWE - Ratusan pelampau Buddha di Myanmar didakwa melemparkan bom petrol untuk menghalang penghantaran bantuan kepada penduduk Islam Rohingya di Rakhine.
  • YANGON - MYANMAR. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bertemu hari ini untuk membincangkan keganasan di Myanmar, sehari selepas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan tentang pembersihan etnik terhadap etnik minoriti tersebut.
  • YANGON - MYANMAR. Pemberontak Muslim di sini mengisytiharkan genjatan senjata bagi pihak mereka selama sebulan dalam usaha mengurangkan krisis kemanusiaan yang berlaku di negeri utara Rakhine itu.
  • YANGON - MYANMAR. Program Makanan Sedunia (WFP) telah menggantung bantuan makanan di negeri Rakhine, berikutan keadaan kemanusiaan semakin merosot dengan peningkatan angka kematian dan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya serta etnik Buddha melarikan diri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.