MOSCOW - RUSIA. Polis Rusia dilaporkan menahan lebih 800 penunjuk perasaan yang menyertai protes besar-besaran membantah peningkatan had umur persaraan di negara itu, semalam.

Protes anjuran penyokong pemimpin pembangkang Alexei Navalny yang dipenjarakan itu berlangsung pada hari sama pemilihan 26 ketua wilayah Rusia, termasuk di Moscow.

“Pihak berkuasa tidak mendengar rintihan rakyat dan kita perlu melakukan bantahan,” menurut kenyataan penyokong Navalny.

Sementara itu, kumpulan pemerhati OVD-info mendakwa 839 penunjuk perasaan ditahan di 19 bandar, St Petersburg merekodkan 354 tangkapan, diikuti Yekaterinburg dengan 129 dan Moscow 36 tangkapan.

Bermula tahun 2019, umur persaraan lelaki dan wanita akan meningkat secara beransur-ansur, di mana menjelang tahun 2036 ia akan meningkat dari 60 ke 65 untuk lelaki dan 55 hingga 60 untuk wanita.

Cadangan perubahan had umur persaraan itu kini berada di parlimen dan mengakibatkan populariti Presiden Vladimir Putin merosot. - BBC/Reuters