WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi isyarat Tembok Barat atau Tembok al-Buraq di Baitulmaqdis akan menjadi sebahagian daripada Israel.

Pengumuman itu dibuat dua pegawai kanan Rumah Putih, kelmarin di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

Kedua-dua pegawai yang enggan identiti mereka didedahkan turut menolak sebarang senario yang tidak mengekalkan kawalan Israel ke atas kawasan itu yang juga dikenali sebagai Tembok Ratapan.

"Seperti yang dikatakan presiden, sempadan khusus kedaulatan Israel akan menjadi sebahagian daripada perjanjian status akhir. Kami tidak boleh membayangkan Israel akan menandatangani perjanjian damai tanpa Tembok Barat," kata salah seorang daripada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Zionis menembak mati empat penduduk Palestin manakala lebih 150 lagi cedera terkena tembakan peluru hidup ketika protes berterusan di wilayah Gaza dan Tebing Barat. - Agensi
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :