TAIPEI - TAIWAN. Puluhan ribu penduduk Taiwan berkumpul dalam satu perhimpunan besar-besaran bagi menuntut kemerdekaan dari China.

Bantahan di tengah Taipei itu, berlangsung ketika China berusaha mempertingkatkan tuntutannya ke atas pulau yang mengamalkan pemerintahan sendiri itu.

Dalam masa sama, Presiden Tsai Ing-wen berusaha untuk mengimbangi kuasa Beijing dan desakan dari pihak yang mahu Taiwan menuntut kemerdekaan dari China.

Perhimpunan semalam adalah yang terbesar pernah dianjurkan bagi mendesak undian menuntut kemerdekaan sejak Taiwan melaksanakan pemerintahan demokrasi lebih 20 tahun lalu.

Dalam pada itu, penganjur mendakwa perhimpunan itu berjaya menarik 100,000 peserta.

Peserta yang berkumpul di hadapan bangunan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP) turut melaungkan slogan dan mengibarkan bendera tertera tulisan ‘Pungutan Suara Kemerdekaan’. - AFP