LIMA - PERU. Ribuan penduduk Peru berarak di seluruh negara kelmarin bagi mendesak Presiden Pedro Pablo Kuczynski meletak jawatan.

Gesaan itu dibuat selepas Kuczynski mengarahkan pengampunan ke atas bekas Presiden Alberto Fujimori atas dasar kemanusiaan.

Fujimori, 79, dipenjarakan selama lebih sedekad kerana mengarahkan melakukan pelbagai kekejaman ketika memerintah negara itu pada 1990-2000.

"Kuczynski harus meletak jawatan. Dia telah berbohong kepada rakyat," kata bekas calon presiden, Veronika Mendoza. - AFP