DOHA - QATAR. Qatar dan Amerika Syarikat (AS) menamatkan latihan ketenteraan bersama yang diadakan di Al-Galayel pada Ahad, latihan yang diselia Menteri Negara Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid bin Mohammed Al Attiyah, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Latihan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu latihan bersama pasukan khas tentera, operasi khas tentera laut dan  operasi tentera udara yang diwakili skuadron helikopter Pasukan Tentera Udara Qatar, serta pasukan khas tentera AS.

Latihan bersama tersebut turut disertai Panglima Pasukan Khas Bersama Brigadier Jeneral Hamad Abdullah Al Fetais Al Marri, wakil Kedutaan AS Brigadier David Parr dan pegawai-pegawai kanan angkatan tentera Qatar dan AS. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.