SURABAYA - INDONESIA. Seorang gadis bawah umur dilaporkan dinoda empat pemuda di sebuah kawasan tanah perkuburan di Surabaya minggu lalu.

Mangsa dipercayai datang ke bandar itu untuk mencari pekerjaan sebelum berkenalan dengan salah seorang pemuda terbabit menerusi Facebook.

Remaja itu lalu diperkenalkan dengan tiga lagi rakan pemuda tersebut yang mengajak mereka berseronok sambil meminum arak.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah tanah perkuburan dan dinoda secara bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di situ.

Keesokan harinya, seorang lelaki yang datang membersihkan kubur menemui gadis tersebut terbaring dengan tubuhnya ditutup tikar lalu menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua suspek sementara dua lagi pemuda masih diburu. - Tribunnews