MANILA - FILIPINA . Presiden Filipina baru, Rodrigo Duterte enggan tinggal di kediaman presiden kerana mendakwa ia berhantu.

Kelmarin, selepas disahkan dilantik sebagai presiden yang baru, Duterte telah melakukan beberapa dasar baru di bawah pimpinan kerajaan barunya.

Bagaimanapun, menurut akhbar Hong Kong, Phoenix, perasaan presiden baru yang berusia 71 tahun itu takut untuk menduduki Istana Malacanang, kediaman rasmi presiden Filipina yang disediakan oleh kerajaan kepada beliau.

"Saya tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ," dakwa Durerte.

Khabar angin mengenai kediaman rasmi presiden Filipina berhantu menjadi bualan ramai sejak dulu lagi. Ia dibina sebelum Perang Dunia kedua lagi dan pelbagai cerita ngeri dan menakutkan tersebar luas di kalangan rakyatnya.

Durerte berkata, bagi perjalanan harian, beliau bercadang menaiki kapal terbang untuk berulang alik antara rumahnya dengan pejabat presiden.

"Tetapi untuk upacara angkat sumpah presiden yang baru, ia tetap diadakan di Istana Malacanang," lapor akhbar dari Hong Kong itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MANILA - Peguam Jude Sabio berkata dia sudah setahun tidak pulang ke rumah, mengelak daripada menghadiri sebarang acara dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas membuat aduan terhadap Presiden Rodrigo Duterte.
  • MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, kelmarin mengawasi proses memusnahkan puluhan kereta mewah bernilai hampir AS$1.2 juta (RM?) di Biro Kastam (BOC) di ibu negara sebagai sebahagian daripada tindakan tegasnya terhadap pengimport kenderaan.
  • MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang memberi pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam.
  • MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan gencatan senjata sepihak dengan pemberontak berhaluan kiri mulai 24 Disember hingga 2 Januari tahun depan, sempena musim cuti, kata jurucakap presiden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
  • MANILA - FILIPINA. Kongres Filipina sebulat suara meluluskan permohonan Presiden Rodrigo Duterte untuk melanjutkan undang-undang tentera di Mindanao sehingga 31 Disember 2018, dalam usaha untuk membasmi sepenuhnya kumpulan militan.