$entry.content.caption.value
BANGKOK - Dua suspek warga Iran ditahan di Bangkok, Thailand selepas tiga letupan bom berlaku di bandar itu yang kelihatan dirancang untuk menyerang individu dan kemudian gagal, semalam.
Menurut polis, sehari selepas letupan di kejiranan Bangkok, pihak berkuasa Thailand mengaku menerima maklumat mengenai dakwaan kemungkinan sasaran penyerang.
Bagaimanapun Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, Wichean Potephosree berkata, pihak berkuasa tidak dapat mempastikan letupan kelmarin berkait rapat dengan insiden di New Delhi, India sehari sebelum kejadian.
Seramai empat orang awam cedera di Bangkok selepas satu letupan berlaku di kediaman yang warga Iran yang mana atas kesilapannya sendiri sehingga merosakkan sebahagian bumbung rumah itu dan disusuli dengan letupan yang menghancurkan sepasang kaki warga Iran ketika membawa bahan letupan di bandar itu.
Hasil siasatan di rumah itu, polis menemui dua bahan letupan iaitu jenis C-4 yang dimasukkan ke dalam seunit radio dan menurut Ketua Polis Kebangsaan, Prewpan Damapong, bom magnet itu mampu melekat pada kenderaan.





