AUCKLAND- NEW ZEALAND.  Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, hari ini telah memberikan ucapan pembukaan pada sebuah majlis teknologi kebangsaan dengan 'fesyen' yang tepat dalam bentuk hologram.

Beliau yang tidak dapat menghadiri acara Techweek di Auckland itu berucap dalam imej maya di atas pentas.

Menurut penganjur, penggunaan imej fotografi tiga dimensi (3D) yg terbentuk oleh alur laser itu menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama dunia yang menggunakan teknologi seumpama itu.    

Setakat ini, hologram digunakan secara meluas dalam sains fiksyen selain membawa selebriti yang telah meninggal dunia kembali ke atas pentas.  

Hologram paling terkenal adalah imej 3D lagenda rap, mendiang Tupac Shakur yang membuat persembahan bersama Snoop Dogg pada Festival Coachella 2012. - BBC