JAKARTA - Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, beliau tidak akan lagi bergandingan bersama Presiden Joko Widodo pada pilihan raya presiden (Pilpres) 2019.

"Saya ini mempertimbangkan juga dari segi umur, biar yang muda-muda," kata Jusuf Kalla dipetik laporan agensi berita ANTARA hari ini.

Jusuf, 76, dilantik timbalan presiden pada 20 Oktober 2014 dan pernah menjadi timbalan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (2004-2009).

Sementara itu media dalam talian di Indonesia masih melihat  Jokowi dan Jusuf sebagai  gandingan terbaik, namun berdasarkan Fasal 7 Undang-undang Dasar Negara Republik Indonesia 1945, presiden dan wakil presiden hanya boleh memegang jawatan itu untuk maksimum dua penggal sahaja.

Pemerhati politik di Indonesia berkata Jusuf sudah hilang kelayakan kecuali beliau bertanding jawatan presiden. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAKARTA - INDONESIA. Wakil presiden Indonesia Jusuf Kalla mahu Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap orang Bugis yang dikaitkan dengan lanun.
  • JAKARTA - INDONESIA. Calon naib presiden, Jusuf Kalla dimasukkan dimasukkan ke Hospital Abdi Waluyo di Jakarta Pusat sebaik selesai acara debat pada malam Ahad.
  • JAKARTA - INDONESIA. Calon naib presiden, Jusuf Kalla menegaskan pada masa ini, Indonesia memerlukan tokoh bersikap demokratik dan melibatkan penyertaan rakyat, bukannya pemimpin kasar serta mengamalkan kuku besi.
  • JAKARTA - INDONESIA. Calon naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla menegaskan jika terpilih memegang jawatan kedua tertinggi negara itu, beliau tidak akan membenarkan tenaga kerja Indonesia (TKI) dihantar bekerja di negara yang memperlakukan sesuka hati terhadap mereka.