QUEBEC - KANADA. Sebuah dron dilaporkan terkena bahagian kepak sebuah pesawat penumpang yang sedang mendarat di Lapangan Terbang Jean Lesage di Quebec, Ahad lalu.

Menurut CNN, ia kejadian pertama dan pesawat yang disewa penerbangan Skyjet tarbabit mengalami kerosakan kecil.

"Saya sangat bersyukur kerana pesawat terlibat mampu mendarat dengan selamat," kata Menteri Pengangkutan, Marc Garneau.

Ketika kejadian, terdapat enam penumpang dan kru di dalam pesawat berkenaan.

Kejadian tersebut membuktikan kerisauan kerajaan seluruh dunia selepas peningkatan penggunaan dron komersial yang mengganggu dan menimbulkan ancaman di ruang udara.

Awal tahun ini, kerajaan Kanada mengharamkan penerbangan dron komersial pada jarak 5.5 kilometer semua lapangan terbang.

Selain itu, ketinggian maksimum untuk semua penerbangan komersial ditetapkan pada ketinggian 90 meter.

Mereka yang melanggar arahan tersebut boleh didenda sehingga AS$20,000 (RM84,470) dan penjara.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.