TRABZON -TURKI. Sebuah pesawat nyaris masuk ke Laut Hitam selepas tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Trabzon, hari ini.

Menurut laporan portal antarabangsa, kesemua 162 penumpang dan anak kapal berkenaan bernasib baik apabila pesawat itu tersangkut dalam lumpur.

Gabenor Trabzon, Yucel Yavuz mengesahkan kesemua penumpang dalam pesawat berkenaan selamat.

Susulan insiden itu, lapangan terbang berkenaan ditutup sehingga jam 8 pagi waktu tempatan dan pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Airlines itu berlepas dari Ankara sebelum kejadian.