COX'Z BAZAR - Kira-kira 80 penduduk Rohingya kebanyakannya lelaki yang cedera ditembak kini dirawat di Hospital Sadar yang merupakan kemudahan perubatan utama di kawasan Cox's Bazar.

Seramai 20 doktor sedang bergelut untuk merawat pesakit yang meningkat hampir dua kali ganda selepas kira-kira 300,000 penduduk Rohingya melarikan diri daripada keganasan di Rakhine sejak dua minggu lalu.

Jurucakap hospital memberitahu, para doktor tersebut pertama kali berdepan kecederaan akibat tembakan, kesan trauma benda tumpul dan luka tikaman pada skala besar di tengah-tengah kebanjiran pelarian Rohingya ketika ini.

"Kami tidak pernah berdepan kecederaan ganas seperti ini," kata ketua hospital itu, Dr Shaheen Abdur Rahman Choudhury.

Sejak 25 Ogos lalu, hospital itu merawat 30 penduduk Rohingya yang cedera ditembak dan jumlah tersebut bertambah kepada 50 pada minggu berikutnya.

Difahamkan, hospital tersebut telah mewujudkan kawasan berasingan untuk golongan tersebut yang tiba di negara itu selepas jumlahnya dijangka meningkat.

"Kami memerlukan lebih banyak bantuan untuk menampung pelarian Rohingya yang cedera. Situasi kini sangat terdesak," ujarnya. - AP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.