WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Keselamatan dan angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) menghasilkan sebuah simulasi berbentuk permainan video disasarkan untuk membantu guru sekolah berhadapan kejadian tembakan rambang.

Menurut PC Gamer, simulasi yang dikenali sebagai Edge berkenaan menyerupai permainan video melibatkan beberapa perspektif.

Antaranya perspektif guru yang bertanggungjawab memastikan pelajar selamat dan bersembunyi dari penyerang yang akan membunuh pelajar-pelajar dalam Edge.

Polis juga memainkan peranan penting dalam Edge dalam memastikan penyerang berjaya dibunuh tanpa mengancam nyawa pelajar dan guru.

"Edge membolehkan anda berlatih dan menerima pengalaman dari perspektif-perspektif tersebut dan tahu strategi mana yang boleh berjaya atau tidak berjaya," kata penyelidik angkatan tentera AS, Tamara Griffith.

Kata Tamara, seorang ibu kepada mangsa korban tembakan rambang di sekolah Sandy Hook pada 2012 mahukan simulasi atau permainan video tersebut dibangunkan.

Akhirnya, Edge direka untuk memberikan kesan sebenar situasi tersebut.

"Guru tak memilih jalan untuk menghadapi tembakan ketika mengajar, tetapi itulah realitinya dan kami mahu memberikan mereka peluang untuk memahami pilihan yang mungkin mereka ada sekiranya berhadapan kejadian sedemikian," kata Tamara.

Akses kepada Edge diberikan percuma bermula Mac depan tetapi terhad kepada para guru, pihak berkuasa, pihak bomba, pasukan perubatan, NGO dan agensi-agensi kecemasan yang lain.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hasil penyelidikan terbaru menunjukkan permainan video mampu meningkatkan keupayaan kognitif, namun ia mampu mempengaruhi sikap jika berlebihan.