CANBERRA - AUSTRALIA. Penyelam Britain yang membantu misi menyelamat 12 remaja bersama jurulatih pasukan bola sepak Wild Boars memberitahu beliau sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman ke atas usahawan teknologi, Elon Musk.

Tindakan itu bakal diambil selepas Musk menerusi Twitter menggelar Vern Unsworth sebagai 'pego guy' berikutan pakar terbabit 'mengejek' kapal selam mini yang dibina olehnya untuk operasi itu sebagai 'aksi PR' atau meraih populariti.

Menurutnya, kapal selam mini tersebut yang diterbangkan ke Thailand adalah tidak sesuai untuk misi tersebut dan ia mungkin tidak berjaya.

Musk yang berang dengan keputusan pasukan penyelamat yang enggan menggunakan kapal selam mini tersebut menghantar tweet tanpa merujuk nama Unsworth dan hanya menggelarnya sebagai 'lelaki ekspatriat Britain yang tinggal di Thailand'.

Pemilik Tesla itu menyatakan beliau akan menghasilkan video untuk menunjukkan bagaimana kapal selam mini itu berfungsi dan menghantar tweet 'maaf lelaki pedo (pedofilia), anda yang memintanya'.

Musk kemudiannya memadamkan tweet itu yang telah dibaca lebih 22 juta pengikutnya.

"Ia masih belum selesai," kata Unsworth kepada rangkaian TV Australia, Channel 7.

Difahamkan, pengetahuan beliau tentang gua itu telah memainkan peranan penting dalam misi menyelamat tersebut dan dia antara individu yang membawa pakar penyelamat antarabangsa menyertai operasi terbabit. - BBC