DENPASAR - INDONESIA. Gara-gara tertinggal pesawat, seorang penumpang wanita nekad memasuki kawasan landasan kerana mahu mengejar pesawat tersebut.

Insiden pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali itu turut menjadi tular di media sosial.

Penumpang dikenali sebagai Hana itu dilaporkan sudah daftar masuk, namun dia terlewat untuk menaiki pesawat Citilink dari Denpasar ke Jakarta itu walaupun pengumuman telah dibuat sebanyak tiga kali.

Petugas telah memberi penjelasan, namun Hana tetap mengejar pesawat itu hingga menyebabkan staf keselamatan terpaksa menahannya.

Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal dan dia kemudiannya menaiki pesawat Citilink beberapa jam kemudian. - Kompas.com