BEIJING - Seorang penulis Tibet di wilayah barat yang dihimpit bantahan anti kerajaan ditahan pihak berkuasa berikutan tindakan keras kerajaan China menentang penyebaran pergolakan.
Akhbar The Voice of Tibet yang berpengakalan di Norway memberitahu, lebih 20 pegawai polis bertindak menangkap Gangkye Drubpa Kyab di kediamannya di wilayah Serthar, Rabu lalu dan masih belum dibebaskan.
Namun begitu, polis dan pegawai kerajaan Serthar menafikan tindakan tersebut dan menyatakan mereka tidak mengetahui kes berkenaan.
Sepanjang tahun lalu, rakyat Tibet dan pihak berkuasa China ditahan dalam satu kitaran bantahan yang menyebabkan lebih 20 rakyatnya membakar diri dalam protes berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





