LONDON - BRITAIN. Seorang bekas penyanyi rock yang menyertai kumpulan pengganas Daesh maut dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Telegraph, Sally Jones, 50, yang juga dinamakan White Widow maut dalam serangan berdekatan sempadan Syria dan Iraq.

Beliau dikategorikan sebagai penganas wanita paling dikehendaki di dunia dan juga di Britain.

Jones melarikan diri ke Syria bersama anaknya, Joe Dixon, pada 2013 untuk berkahwin dengan pengodam dan anggota Daesh, Junaid Hussain.

Junaid Hussain

 

Jones kemudian menggunakan nama Umm Hussain al-Britani dan dipercayai sudah merekrut berpuluh-puluh anggota Daesh wanita.

Beliau juga dilaporkan tinggal di Raqqa dan ditugaskan untuk melatih semua rekrut Daesh yang berasal dari Eropah.

Selain itu, Jones mengetuai batalion wanita Anwar al-Awlaki yang ditubuhkan oleh Junaid dan ditugaskan untuk merancang serangan di Eropah.

Junaid Hussain dilaporkan mati dibom oleh dron ketika memandu pada Ogos 2015.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LONDON - Gara-gara memakai sehingga 10 lapisan baju kerana mahu mengelakkan bayaran bagasi berjumlah AS$124 (RM490), lelaki ini telah dilarang menaiki penerbangan British Airways di Iceland pada awal bulan lalu.
  • LONDON - Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin.
  • LONDON - BRITAIN. Seorang peniaga diserang sekumpulan remaja yang berang tidak dibenarkan membeli rokok di kedai mangsa, Sabtu lalu.
  • LONDON - BRITAIN. Seperti kebanyakan ibu lain, Sophia Blake menjangkakan bahawa anak perempuan yang dilahirkan beberapa tahun lalu bakal mewarisi genetiknya atau setidak-tidaknya memiliki kulit campuran dengan suami, Christopher Perkins, 60, lelaki berkulit putih.
  • LONDON - BRITAIN. Timbalan Perdana Menteri Britain yang sebelum ini didakwa menyimpan bahan lucah dalam komputer pejabat dipecat semalam.