MARAWI - FILIPINA. Penduduk di bandar Marawi, Filipina yang dipindahkan berikutan pertempuran sengit selama lima bulan antara kumpulan militan dengan pasukan keselamatan masih belum berpindah ke tempat perlindungan sementara meskipun kerajaan telah menyerahkan kunci 20 hari lalu.

Penolong Setiausaha Perumahan, Felix Castro berkata, kerajaan telah menetapkan semula tarikh pemindahan bagi 250 keluarga yang bakal mendiami tempat perlindungan tersebut sebanyak tiga kali.

"Rumah peralihan diperbuat daripada papan panel belum disambungkan kuasa elektrik. Rangkaian jalan dan sistem perparitan di tapak seluas 13 hektar juga belum selesai.

"Keadaan cuca dan keperluan untuk penyelenggaraan kecil antara punca kelewatan," katanya.

Sebelum ini, Castro memberitahu unit itu dijangka siap bulan lalu, namun kini tarikh baharu ditetapkan pada 20 Januari.

27 Disember tahun lalu, badan yang bertanggungjawab untuk pemulihan bandar dan penempatan semula penduduk Marawai, Pasukan Petugas Bangon Marawi (TFBM), telah menyerahkan kunci dan sijil menghuni kepada separuh daripada 500 keluarga yang disasarkan untuk diberi perlindungan sementara. - Strait Times

Artikel berkaitan yang patut anda baca :