RAMALLAH - PALESTIN. Pendatang Yahudi bertindak biadab apabila memusnahkan puluhan pokok zaitun milik petani Palestin di Tebing Barat, semalam.

Penduduk Palestin di Hawara berkata, sekumpulan penduduk Israel dari penempatan Yitzhar menceroboh kawasan pertanian tersebut sebelum bertindak merosakkan pokok zaitun yang ditanam di situ.

Dalam satu rakaman video, askar Zionis dilihat campur tangan hanya selepas puluhan pokok di kawasan berkenaan dimusnahkan.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel mengesahkan kira-kira 30 lelaki bertopeng menceroboh kawasan pertanian tersebut, namun tiada tangkapan dibuat. - Haaretz