BEIJING - CHINA. Putus cinta itu memang 'menyakitkan', terutamanya bagi lelaki ini.

Mangsa berusia 23 tahun dari timur China ini terpaksa diselamatkan oleh polis selepas bekas kekasihnya menggigit lidahnya dan enggan melepaskannya dalam kejadian pada akhir minggu lalu.

Menurut beberapa saksi, insiden itu berlaku apabila lelaki terbabit mahu memutuskan hubungan dengan wanita berumur 26 tahun itu dan wanita itu turut meminta ciuman terakhir. 

Pihak berkuasa di wilayah Anhui terpaksa menggunakan penyembur lada terhadap wanita tersebut.

Rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit menunjukkan mangsa menangis dan bergelut mahu melepaskan diri.

Selepas insiden 'ciuman terakhir' itu tamat, lelaki itu telah dibawa ke hospital.

Sementara itu, ibu bapa wanita itu memberitahu keadaan anak mereka agak kurang stabil selepas dia menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian selain pernah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. - Daily Mail