TORONTO - KANADA . Pemandu van yang merempuh pejalan kaki dan meragut 10 nyawa di Toronto telah didakwa dengan 10 tuduhan membunuh darjah pertama, semalam.

Suspek, Alek Minassian, 25, dilaporkan menghantar mesej rahsia di Facebook beberapa minit sebelum ia mula memandu van sewa itu ke Yonge Street dan melakukan rempuhan itu dengan sengaja.

Ketua Penyiasat, Graham Gibson berkata, Minnasian turut menyanjung pembunuh di Amerika Syarikat, Elliot Rodger, 22, yang melakukan pembunuhan ke atas enam individu sebelum membunuh dirinya sendiri di California pada 2014 kerana kecewa dengan wanita yang menolak cintanya.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale menolak serangan itu ada kaitan dengan insiden rempuhan dilancarkan ekstremis di London, Nice dan bandar lain yang mana ia tiada kaitan dengan keselamatan negara - AFP