RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Sekurang-kurangnya 17 pengunjung pantai Copacabana cedera dan seorang bayi maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas.

Polis mengesahkan pemandu Antonio de Almeida Anaquim, 41 mengalami serangan epileptik dan gagal mengawal kenderaannya.

Dailymail mengatakan polis menemui ubat anti-sawan dalam kenderaan Antonio dan akan menjalani ujian toksikologi untuk menentukan kandungan alkohol dalam darahnya.

Antonio dikesan mempunyai 14 saman lampau dan lesennya digantung buat sementara waktu untuk siasatan polis.

Media tempatan melaporkan Anotnio hampir mati dibelasah pengunjung lain sebelum campur tangan polis.

Saksi mengatakan Antonio memandu kereta Hyundai I30nya dengan perlahan sebelum kejadian akibat trafik sesak.