NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Asia Barat, semalam mendedahkan, tiada rumah yang dibina semula di Genting Gaza lapan bulan selepas Israel menamatkan perang di kawasan kepungan itu.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness berkata, setakat ini, 9,161 rumah pelarian Palestin musnah sama sekali, 5,066 rumah rosak teruk, 4,085 mengalami kerosakan besar dan 124,782 hanya rosak kecil.

"Tiada sebuah rumah pun yang dibina semula sejak serangan akhir rejim Zionis di wilayah bergolak itu pada musim panas tahun lalu," katanya.

Menurutnya lagi, agensi PBB telah menerima pembiayaan untuk membina semula 20 daripada 9,161 rumah yang musnah.

Dalam perkembangan lain, ribuan rakyat Palestin berkumpul di wilayah diduduki Israel sebagai memperingati ulang tahun ke-67 Hari Nakba (malapetaka), apabila tentera rejim memindahkan ratusan ribu penduduk dari tanah mereka. - Press TV

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Dua calon utama Presiden Amerika Syarikat (AS) dilihat sependapat untuk menolak penyelesaian dua negara membabitkan konflik Palestin-Israel.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengibarkan bendera negara itu di bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatun (PBB) buat pertama kalinya pada Rabu.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Duta Palestin ke PBB mengecam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden pencerobohan terbaharu ke atas Masjid al-Aqsa.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Laporan terbaharu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mendakwa Genting Gaza berpotensi menjadi wilayah tidak boleh didiami menjelang 2020 jika krisis ekonomi berlarutan.
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Palestin telah mengemukakan cadangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meminta benderanya dikibarkan di ibu pejabat badan dunia itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.