HOKKAIDO - JEPUN. Rakaman lebih 100 pelancong China membelasah petugas dan polis lapangan terbang Jepun Jumaat lepas yang viral dikecam warga laman sosial.

Rakaman kejadian tersebut yang juga disiarkan di saluran nasional di Jepun didakwa berlaku selepas 250 penerbangan di lapangan terbang Hokkaido terpaksa dibatalkan kerana ribut salji.

Menurut laporan South China Morning Post, ribut salji tersebut merupakan yang paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.

Tiada sebarang suspek ditahan dalam kejadian tersebut dan dua mangsa dihantar ke hospital kerana cedera dibelasah.

Sementara itu, pelayar warga Jepun menyelar tindakan pelancong China dan menyifatkan mereka seperti orang gasar.

"Menjijikkan! Tak ada adab, tak ada disiplin!" kata Yukiko Namie di laman video Youtube.

"Ini memang biasa bagi pelancong China. Mereka timbulkan huru-hara dan lakukan jenayah. Mereka sangat-sangat liar," kata Kato.

Pelayar warga Jepun juga mengambil peluang mengutuk tindakan kerajaan yang melonggarkan permohonan visa terhadap pelancong China kerana 'mempromosikan immigrasi'.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.