WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengesahkan penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan mendakwa Palestin tidak menyokong proses rundingan damai dengan Israel.

[ARTIKEL BERKAITAN: AS umum penutupan pejabat PLO]

“Kami memberi kebenaran kepada pejabat PLO untuk beroperasi bagi mencapai perdamaian antara Israel dan Palestin sejak tamat tempoh pengecualian pada November 2017.

“Bagaimanapun, PLO gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memulakan rundingan dengan Israel,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert. - AFP