LONDON - ENGLAND . Hasil siasatan kerajaan Britain mengesahkan pedal kokpit yang terputus adalah punca nahas helikopter yang mengorbankan pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha pada 28 Oktober lalu.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) berkata, beberapa pedal kokpit terputus daripada rotor di ekor helikopter itu, menyebabkan ia hilang kawalan dan terhempas sejurus selepas meninggalkan stadium.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Leicester City sah terbunuh]

"Helikopter berkenaan hilang kawalan akibat alat kawalan rotor terputus.

Pesawat berkenaan mula berpusing ke bahagian kanan sebelum terhempas," kata laporan setebal lapan muka surat itu.

Menurut AAIB, mereka sedang menyiasat dengan lebih terperinci untuk melihat punca kerosakan. - AFP