YANGON - MYANMAR. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bertemu hari ini untuk membincangkan keganasan di Myanmar, sehari selepas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan tentang pembersihan etnik terhadap etnik minoriti tersebut.

15 negara anggota itu mengumumkan ia akan mengadakan mesyuarat kecemasan atas permintaan Sweden dan Britain.

“Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semakin bimbang tentang situasi yang semakin merosot di Rakhine,” menurut Duta Besar Britain, Matthew Rycroft.

Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menggesa Myanmar untuk melihat situasi yang berlaku dari aspek kemanusiaan kerana konflik telah menyebabkan ramai orang tidak bersalah menderita.

"Mesej peribadi saya sangat jelas. Situasi ini perlu dipertimbangkan dengan kemanusiaan. Kanak-kanak, wanita yang tidak bersalah turut menderita. Mereka milik Myanmar. Selepas ratusan tahun tinggal di negara itu, mengapa kewarganegaraan mereka dinafikan?," soal Hasina.

Hasina menegaskan, Bangladesh akan terus menawarkan perlindungan kepada Rohingya sehingga Myanmar mengambil mereka. - Agensi
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SITTWE - Ratusan pelampau Buddha di Myanmar didakwa melemparkan bom petrol untuk menghalang penghantaran bantuan kepada penduduk Islam Rohingya di Rakhine.
  • YANGON - MYANMAR. Pemberontak Muslim di sini mengisytiharkan genjatan senjata bagi pihak mereka selama sebulan dalam usaha mengurangkan krisis kemanusiaan yang berlaku di negeri utara Rakhine itu.
  • YANGON - MYANMAR. Ratusan rumah dibakar kumpulan militan dikenali Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) di Maungtaw sejak dua hari lepas, menurut jawatankuasa maklumat kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.
  • YANGON - MYANMAR. Program Makanan Sedunia (WFP) telah menggantung bantuan makanan di negeri Rakhine, berikutan keadaan kemanusiaan semakin merosot dengan peningkatan angka kematian dan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya serta etnik Buddha melarikan diri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.