KAHERAH - MESIR. Sebuah rang undang-undang kontroversi memberikan imuniti kepada pegawai kanan tentera daripada sebarang pendakwaan yang mungkin terlibat dalam tindakan kekerasan hingga membawa kepada penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi pada 2013.

Draf dokumen itu mendapat sokongan besar 596 ahli parlimen dan hanya lapan menolak, semalam.

Rang undang-undang tersebut mengecualikan pegawai terlibat daripada sebarang tindakan atas perubatan mereka pada Julai 2013 hingga Jun 2014 yang menyasarkan penyokong Mursi.

Ia bagaimanapun perlu ditandatangani oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi sebelum berkuatkuasa sebagai undang-undang.     

Calon gerakan Ikhwanul Muslimin itu digulingkan dalam rampasan kuasa dipimpin bekas ketua tentera yang kini menjadi presiden, Abdel Fattah al-Sisi pada 3 Julai 2013.

Kira-kira sebulan selepas insiden itu, kira-kira 700 penunjuk perasaan yang berhimpun di Kaherah terbunuh akibat tindakan kekerasan tentera. - Press TV