ISLAMABAD - PAKISTAN. Seramai 329 ahli Perhimpunan Kebangsaan Pakistan baru dilantik termasuk bakal Perdana Menteri, Imran Khan mengangkat sumpah jawatan, semalam.

Pemimpin lain seperti Presiden parti Liga Muslim Pakistan (PML-N), Shahbaz Sharif, Pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP), Bilawal Bhutto-Zardari dan bekas presiden, Asif Ali Zardari turut menyertai acara rasmi tersebut.   

Presiden Mamnoon Hussain telah memanggil sidang perdana itu pada jam 10 pagi (waktu tempatan) kira-kira 19 hari selepas parti pimpinan bekas bintang kriket itu, Tehreek-e-Insaf (PTI) muncul sebagai parti tunggal terbesar dalam Pilihan Raya Umum pada bulan lalu.

Difahamkan, pelantikan speaker baharu dan timbalannya akan diadakan pada esok.

PTI telah mencalonkan Asad Qaisar untuk jawatan itu manakala pihak pembangkang menamakan Syed Khurshid Shah daripada PPP sebagai calon bersama. - ndtv