KUCING dari baka maine coons sememangnya dianggap sebagai 'anjing' dalam dunia kucing kerana telatahnya yang suka bermain dan setia pada tuannnya.

Yang paling jelas mengenai baka tersebut adalah saiz kucing jenis maine coos mampu mencapai lebih 100 sentimeter dan mencecah berat 10 kilogram.

Bagi yang berjantina jantan pula, mereka lebih 'maskulin' berbanding kucing-kucing baka lain.

Tahun ini, seekor kucing berumur tiga tahun bernama Omar mencipta rekod sebagai kucing terpanjang di dunia dengan panjang 120 sentimeter dan berat 14 kilogram.

Lebih mengejutkan, Omar masih belum berhenti membesar!

Omar mula menarik perhatian selepas tuannya, Stephanie Hirst membuat akaun Instagram khas untuk Omar dan mula memuat naik gambar.

"Selepas Omar popular di Instagram, saya mendapat mesej dari pasukan perekod, dan meminta saya emel kepada mereka maklumat Omar," kata Stephanie.

Omar (kanan) dan 'rakannya'. - Foto sumber Instagram @omar_mainecoon

Berbeza dengan kucing domestik lain, Omar sangat pemalu dan selalunya 'melarikan diri' daripada menjadi perhatian.

"Omar belum biasa dengan popularitinya," kata Stephanie kepada BBC.

"Contohnya pagi ini, dia mengamuk. Omar suka menyendiri dan merendah diri. Dia suka bermalas-malas.

"Tetapi Omar juga suka membuka pintu, almari, laci dan sebagainya," jelas Stephanie.

Kata Stephanie lagi, disebabkan saiz Omar yang panjang, kucing tersebut tidak dibenarkan tidur bersama tuannya.

"Dia ambil terlalu banyak ruang dan akan habiskan waktu tidurnya berbunyi 'purrr' di tepi telinga saya.

"Jadi dia tidur atas kerusi di ruang tamu," kata Stephanie.

Difahamkan, daging kangaru adalah satu-satunya daging yang boleh Omar makan dan Stephanie terpaksa memesan khas daging berkenaan untuk diet Omar.

Sementara itu, pihak Guiness of World Recods akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 minggu untuk memproses borang Stephanie.

Omar yang suka tidur pula tidak akan menghadapi masalah untuk menunggu.

Omar yang suka tidur. - Foto sumber Instagram @omar_mainecoon
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.