WASHINGTON - White House menafikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama enggan menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung ketegangan di Iran hujung bulan ini.

Wakil Netanyahu memohon mengadakan perbincangan semasa Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) di New York.

Namun jurucakap AS berkata, jadual Obama yang ketat tidak membenarkannya.

Netanyahu telah bertemu Obama untuk berbincang beberapa perkara sebelum ini.

Sebelum ini, Netanyahu mengkritik AS tidak serius dalam menangani isu berhubung program nuklear Iran.

Negara-negara Barat percaya Iran sedang membina senjata nuklear - dan ia disangkal oleh Teheran.

Wakil AS berkata, Obama dan Netanyahu selalu berhubung malah pemimpin Israel akan bertemu Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Obama kini terlibat dalam kempen pemilihan presiden, yang  berlangsung ketika Perhimpunan Agung PBB bersidang pada 25 September.

Netanyahu akan memeri ucapan pada 28 September.

"Pada masa yang sama, dia bukan berada di bandar," ujar jurucakap Rumah Putih, Tommy Vietor.

Tambah beliau: "Bertentangan dengan laporan akhbar sebelum ini, tiada sebarang permintaan untuk mengadakan mesyuarat antara Perdana Menteri dan Presiden di Washington, mahupun permintaan ini telah dinafikan."

Vietor turut berkata, Obama belum ada rancangan untuk mengadakan perbincangan dua hala ketika Perhimpunan Agung PBB.

Rumah Putih berkata,  Obama hanya bercakap dengan Netanyahu sejam menerusi telefon.

"Kedua-dua pemimpin membincangkan ancaman program nuklear oleh Iran, hubungan dua hala antara negara dan isu keselamatan," kata satu kenyataan.

Akhbar Israel, Haaretz mengambarkan komen perdana menterinya sebagai "satu serangan verbal yang tidak pernah berlaku ke atas kerajaan AS."

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.