KABUL - Sekurang-kurangnya 40 rakyat Afghanistan, kebanyakan kanak-kanak, beku sampai mati dalam musim sejuk yang melampau di negara itu sejak kebelakangan ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ghulam Sakhi Kargar memberitahu, setakat ini kerajaan telah mencatatkan 41 kematian akibat kesejukan di tiga wilayah.

Katanya, tiga daripada empat kes berkenaan melibatkan kanak-kanak, manakala 24 kes kematian di ibu negara, Kabul, kebanyakannya di kem pelarian.

Menurutnya, kementerian itu sedang mewujudkan klinik bergerak bagi membantu rakyat yang menderita akibat kesejukan.
 


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.