BANGKOK - THAILAND. 'Saya minta maaf, saya ada masalah kewangan," kata seorang lelaki bersenjata kepada pegawai bank Thanachart di Rama 111 Road pada Khamis sebelum melarikan wang tunai sebanyak Bt270,000 (RM34,254)

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun, mengambil masa satu minit untuk merompak bank berkenaan pada  jam 8.52 pagi.

Timbalan pesuruhjaya polis metropolitan, Pol Maj Jeneral Surachai Kuandechakup, berkata, suspek memberitahu pegawai bank sambil mengacukan pistol dan meminta mereka memberikan wang kepadanya.

"Suspek meminta maaf kepada pegawai bank dan berkata dia mempunyai masalah kewangan," kata Surachai.

Dia meletakan wang berkenaan ke dalam beg dan keluar bank secara senyap senyap.

Malah pegawal keselamatan bank berkenaan membukakan pintu kepadanya kerana menyangka dia adalah pekerja yang diupah.

Surachai berkata, berdasarkan pemerhatian berdasarkan apa yang diberitahu suspek kepada pegawai bank, lelaki berkenaan bukannya perompak profesional.

Pengawal keselamatan memberitahu polis, perompak berkenaan seakan selalu dilihatnya dan mungkin adalah pelanggan bank berkenaan.

Sementara itu. polis sedang meneliti rakaman kamera keselamatan untuk mengenalpasti identiti suspek yang memakai tshirt dan seluar bewarna hitam ketika melakukan rompakan itu lapor Asia News Network.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGKOK - THAILAND. Cubaan sekumpulan gangster untuk merompak sebuah kedai jualan senjata api bukan sahaja menemui kegagalan, malah hampir menyebabkan mereka kehilangan nyawa apabila pemilik dan pekerja premis berkenaan mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan itu.
  • BANGKOK - THAILAND. Penyokong antikerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.