KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir pada Isnin mengesahkan hukuman mati ke atas 20 anggotaahli kumpulan Ikhwanul Muslimin kerana kesalahan menyerbu balai polis dan membunuh 14 ahli pasukan keselamatan itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita rasmi Mena.

Mahkamah Kasasi, mahkamah tertinggi Mesir, mengumumkan keputusan akhir dalam kes itu yang mengekalkan hukuman mati 20 militan terbabit, kebanyakannya adalah mereka yang setia dan merupakan anggota kumpulan yang telah diharamkan itu serta diasaskan oleh bekas Presiden Islam Mohamed Morsi.

Kesemua tertuduh telah menyerbu balai polis utama dalam daerah Kerdasa di wilayah Giza pada pertengahan Ogos, 2013 dan membunuh 17 orang termasuk 14 anggota polis. - Bernama