MAKASSAR - INDONESIA. Jemaah haji dari Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan ini tampil berbeza berbanding daripada ratusan jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Syamsuddin Laenre, 53, mengenakan songkok lebih tinggi berukuran 40 sentimeter atas alasan senang dikenali jemaah lain memandangkan beliau dilantik sebagai ketua rombongan.

Jelas petani itu, dia membeli songkok tinggi itu secara dalam talian selepas tujuh bulan dia berusaha mencari tempat yang menjual songkok demikian.

Selain penampilannya yang unik, usaha Syamsuddin untuk mengumpulkan wang untuk mengerjakan haji juga wajar dicontohi.

"Saya menunggu giliran selama sembilan tahun selepas deposit pertama berjumlah 20 juta rupiah (RM5,630). Wang yang digunakan adalah hasil pertanian dan yang dikumpulkan sejak kelas enam di sekolah rendah. Bapa saya selalu beri nasihat agar berjimat cermat," ujarnya.

Syamsuddin berangkat ke Tanah Suci bersama 455 jemaah lain dari lima kabupaten di Sulawesi Selatan dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Muhammad Abdul Aziz di Madinah. - DetikNews