TOKYO - JEPUN. Dua biji melon Yubari berjaya dilelong pada harga 3.2 juta yen (RM115,734 ) dalam satu acara lelongan di Jepun hari ini.

Bidaan tertinggi oleh sebuah firma pembungkusan buah tempatan mengalahkan pesaing lain dalam acara lelongan di Sapporo Central Wholesale Market di utara Hokaido.

Melon Yubari dianggap sebagai simbol status di Jepun dan para peminatnya sanggup menghabiskan wang yang banyak demi memilikinya atau untuk dijadikan hadiah.

Bidaan kali ini mengalahkan rekod 3 juta yen yang dicatat dua tahun lalu.

Melon Yubari yang berkualiti tinggi berbentuk sfera yang sempurna dengan kulit licin, corak sama rata dan tangkai berbentuk T pada buahnya. - AFP