MEXICO CITY - MEXICO. Tiga pelajar bidang perfileman di Mexico yang diculik di negeri Jalisco bulan lalu telah dibunuh dan mayat mereka dihapuskan dalam larutan asid.

Kelmarin, pegawai kerajaan memaklumkan Salomón Aceves Gastélum, Jesús Daniel Díaz dan Marco Ávalos berusia lingkungan 20-an itu dipercayai menjadi korban kekejaman geng kartel dadah dikenali sebagai Jalisco New Generation yang pada mulanya disangka pesaing mereka.

"Sisa genetik kesemua mangsa ditemui di sebuah ladang beberapa hari lalu," jelasnya

Difahamkan, ketiga-tiga pelajar terbabit diculik sekumpulan lelaki ketika kereta dinaiki mereka rosak di bandar Tonala pada 19 Mac lalu.

Januari lalu, tiga lelaki warga Itali dilaporkan hilang di kawasan negeri barat Mexico dipercayai diculik geng jenayah sama. - BBC