GLOUCESTERSHIRE - BRITAIN. Seorang wanita maut akibat gagal bernafas selepas kepalanya tersekat pada bingkai besi tingkap rumahnya semalam.

Menurut laporan Telegraph, Kimmy Varma, 64 didakwa mengeluarkan kepalanya melalui bingkai besi berkenaan untuk merokok sebelum kejadian.

Mangsa dianggarkan telah maut selama dua jam sebelum seorang jiran yang sedang bersenam menyedari kepala mangsa terkeluar.

Polis yang tiba tidak lama kemudian terpaksa memecahkan pintu masuk kediaman mangsa.

"Mayat mangsa telah mula mengeras (rigor mortis)," kata polis, Jason Parker yang menemui mayat mangsa.

Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati kandungan alkohol yang tinggi iaitu 132 mgs di dalam darah dan 201 mgs di dalam air kencing mangsa.

Suami mangsa yang tinggal berasingan, Anil Varma, 63 dan ahli keluarga lain mengatakan mangsa kerap menghisap rokok berhampiran bingkai berkenaan.

Mangsa dikategorikan sebagai mati mengejut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.