HONG KONG - Seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia selepas terkena keranda mayat yang melayang ketika menjelajah Rumah Hantu 'Burried Alive'  di Taman Permainan 'Ocean Park' Hong Kong.

Memetik laporan News.com.au mendedahkan, lelaki yang dikenali sebagai Cheung ditemui tidak sedar diri selepas terkena keranda tersebut, sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa lelaki berkenaan meninggal dunia di hospital.

Menurut Ketua Eksekutif Ocean Park, Matthias Li, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu.

Susulan itu, kerajaan Hong Kong memerintahkan agar premis berkenaan ditutup sehinggalah diberitahu kelak tempoh pembukaan semula.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Hong Kong yakin bahawa Cheung  memasuki kawasan yang tidak dibenarkan sehingga mengakibatkan kejadian itu berlaku.

Sementara itu, pihak Ocean Park dalam kenyataannya mengatakan, lelaki berkenaan difahamkan telah memasuki kawasan yang tidak dibuka kepada pengunjung.

Kematian tersebut merupakan kemalangan maut pertama pada taman tarikan itu, sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.