MONT-DE-MARSAN - PERANCIS. Seorang matador sukan popular yang dikecam seluruh dunia maut ditanduk kerbau selepas tergelincir, kelmarin.

Menurut laporan Telegraph, Ivan Fandino, 36 terpijak 'cape' sendiri dan ditanduk di bahagian dada dari belakang, menyebabkan paru-parunya bocor.

Mangsa yang telah aktif selama 12 tahun dalam sukan tersebut juga dilambung oleh kerbau selepas ditanduk.

Ivan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sukan lawan lembu merupakan salah satu tradisi yang dilindungi di selatan Perancis.