KAHERAH - MESIR. Orang ramai kini boleh mengunjungi makam berusia 4,000 tahun di Saqqara berhampiran Giza buat pertama kalinya selepas kerajaan Mesir memberi kebenaran dalam usaha mempromosikan pelancongan di negara itu.

Makam ditemui pada tahun 1940 oleh saintis Mesir Zaki Saad itu dipercayai milik pegawai tinggi kuno dikenali sebagai Mehu yang mempunyai kaitan dengan raja pertama dinasti keenam.

“Ia adalah makam yang cantik ditemui pada tahun 1940. Kami sentiasa memastikan memberi yang terbaik untuk pelancong dan ia adalah sebab mengapa kami membukanya kepada orang ramai.

“Dengan pembukaan ini kami menjemput wakil negara datang dan menunjukkan kepada media bahawa Mesir sebuah negara yang selamat,” jelas Menteri Antikuiti Mesir, Khaled El Anany.

Makan tersebut termasuk dua kamar dengan tulisan serta lukisan yang memaparkan aspek kehidupan Mesir Kuno seperti berburu dan menari akrobatik. - AfricaNews